Saturday, July 12, 2008


MERAUT KASIH

malam ini
bintang pecah di langit
aku pilih satu
untukku kirim padamu

kerana rindu terlalu
aku kirim semuanya
satu cakerawala
moga terang-benderang
kau di sana











Tuesday, July 8, 2008


RUANG INI AKU

bila bulan
duduk terang di sebelahku
malam jadi biru

kerana manisnya bulan
semut berkerubung
bagai diaduk-aduk perasaanku
cemas dan cemburu

mengapa kau di sini?
bulan bidadari tamannya
di kayangan.






Thursday, July 3, 2008


LEBAT HUJAN

Hujan lebat aku ingat …
dosa-dosa
malaikat
kiri
kanan
catat