
MENCARI KHADEEJA
tanpa silu
tetap dia kau cari
walaupun jauh terbabas
layak dan landasanmu
kerana kau dan aku
manusia fitrah
dambakan yang mulus
sebelum melihat
ruang paling jauh
kitab hatimu
hatta
walau tenggelam sering
dalam diri sendiri
cita-cita makhfi
tetap menghuni
sampai mati
No comments:
Post a Comment