
HANYA SEKALI INI BIAR
hanya sekali ini
biar aku yang rebut
hatimu dan segala isinya
hatimu dan segala isinya
kusimpan kemas
di saku
hanya sekali ini
biar aku yang ambil
mata, hidung dan telingamu
kusembunyikan
dalam almari
hanya sekali ini
biar aku yang jadi
tawanan sukarela
tawanan sukarela
hangat lokap
jantungmu
jantungmu
hanya sekali ini
biar aku yang curi
di pipimu satu ciuman
bila kau toleh
di pipimu satu ciuman
bila kau toleh
ke belakang
hanya sekali ini
biar fiksyen manuskripnya
akulah pelakon
penulis dan pengarah
ini filem
aku hero
.
.
.
.
.
.
.
5 comments:
Cukup hanya sekali..
tiada dua dan tiada tiga..
Cukup...
danish
BARANGKALI MUNGKIN
barangkali takkan bisa memiliki
kerana segala dusta dan janji
tak pernah menjadi benar
mungkin saja barangkali
dalam mimpi
segala yang lahir dari puisi
adalah cinta
:D
Cinta itu jujur..
Cinta itu suci..
Cnta itu aku..
Cinta itu kamu..
Tapi..
Mereka bikin cinta itu palsu!
Mahukan seseorang ya?
www.puisijiwakacau.blogspot.com
Sahrul
cinta tidak palsu
palsu itu mereka
Ayy
mau cintanya ... :D
Post a Comment