Thursday, September 25, 2008


CALL ME WHEN YOU REACH MANCHESTER…

ke mana pergi
untuk sesuatu di sana
kau temui atau curi

batas-batas sepi
perenggan-perenggan berdebu
jadi gelang di kaki

apakah kau mahu abaikan getar itu
apakah kau tahu bagaimana akhirnya
apakah kau nampak sebelum kau tiba

aku cuma mahu
udara dan tempat
untuk rebah

jeritlah
dan katakan
mana penghujungnya
titik itu?










SUDAH BERSATU

biru langit
sudah bersatu
hijau rumput

soalan berkurun
sudah bersatu
jawaban pasti

bisu diam
sudah bersatu
hangat rindu









Wednesday, September 24, 2008



BULAT CINTA DI KAKI LANGIT

kerana
tiada lagi rahsia
itu wangi
telah bebas bermain
di padang hati

kepalang
berpagar malar setia
tiada noktah
puitis cinta bulat ini
aku yang punya

di kaki langit
kau tunggu aku









Friday, September 19, 2008


BUKAN

lerai kasih
persis angin rapuh
berlalu dingin

tadi senja
kabur bayang-bayangmu
jadi putih











Monday, September 8, 2008


TELAH

menjerit sesal
sayu membelah langit
kau cari
hatimu yang hilang
katamu
.
.
.
.
.
.
.